Tuesday, September 6, 2011

Harta dunia harta akhirat

...jika kita kejar dunia...kita selamanya akan menjadi hambanya...tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita...
Saya yakin sesiapa pun pernah mendengar kata yang sedemikian. Ianya bermaksud lebih kurang sekiranya fokus kita adalah terhadap harta dunia semata-mata maka kita akan bekerja membanting tulang empat kerat untuk dunia. Bagi orang yang menganggap hidup mereka, harta mereka hanya untuk kehidupan dunia maka mereka bekerja keras seolah-olah seperti menjadi hamba kepada pekerjaan mereka itu semata-mata nak menanggung kehidupan mereka. Tidak kisahlah samada mereka itu kaya atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tetapi bagi yang cerdik, harta mereka, kehidupan mereka adalah untuk akhirat. Bermaksud tidaklah sampai lupakan dunia dan asyik ke masjid dan berwirid. Tetapi harta mereka kehidupan mereka seimbang untuk dunia dan akhirat. Bahkan kehidupan dunia ini adalah dijadikan kenderaan atau tunggangan untuk menuju ke akhirat. Dunia ini dijadikan hanya sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan dan kemewahan di akhirat.

Sebahagian harta di sediakan untuk survival di dunia kerana hidup ini perlu makan minum, tempat tinggal dan keperluan tambahan lain. Manakala sebahagian harta diinfaqkan menurut pembahagian yang telah ditetapkan. Seperti yang kita maklum kita tidak punya hak mutlak 100% terhadap harta yang kita perolehi, sebahagiannya adalah hak orang lain. Pembersihan mesti dilakukan dengan zakat dan sedekah mengikut kiraan yang telah ditetapkan. Selebihnya terpulang kepada kita untuk belanjakan.

Kegagalan kita menuruti fitrah ini akan menyebabkan kita jatuh bangkrap dan muflis di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat. Nauzubillah.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan beribadat.

No comments:

Post a Comment