Tuesday, December 31, 2013

Istighfar Buka Pintu Rezeki

Tatkala Imam Syafie habis menyampaikan ceramahnya beliau di datangani oleh 4 orang yg mempunyai masalah berlainan.

Orang pertama mengalami hutang yang banyak dan Imam Syafie memberi nasihat agar beliau banyakkan istighfar.

Orang kedua mengadu belum punya zuriat lalu di beri nasihat yang sama.

Orang ketiga juga terima nasihat serupa setelah menceritakan banyaknya dosa beliau.

Orang keempat pula bertanya mengapa jawapan yang sama di beri untuk semua masalah.

Imam Syafie menjawab ia adalah dari kisah pengajaran Nabi Nuh a.s. seperti yg di ceritakan dalam Al Quran.


Klik sini jemput rezeki dengan istighfar

Saturday, December 29, 2012

Doa Mohon Perniagaan Berjaya dan Untung

Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku dan zuriatku, berilah keberkatan ke atas apa jua yang Engkau kurniakan kepadaku. Lanjutkan usia kehidupanku untuk taat kepadaMu serta elokkan amalanku serta berilah keampunan untukku.

Klik sini jemput rezeki jayakan perniagaan

Thursday, October 20, 2011

Doa makbul bagi yang dalam kesusahan

Doa makbul ni kalau boleh semua orang nak tahu supaya hajat setiap orang boleh terlaksana terutamanya bagi orang - orang yang sedang tersepit dan berada dalam kesusahan contohnya keadaan kewangan yang mendesak, dianiayai orang dan lain-lain. Antara golongan yang tidak ada hijabnya sewaktu berdoa adalah orang yang berada dalam kesusahan dimana doanya terus naik ke langit. Jika kita selalu dengar slot motivasi setiap pagi di Radio IKIM, penceramah ada beri tips sekiranya kita memang sedang berada dalam kesusahan berdolah dengan sepenuh hati dan diiringi dengan air mata insyAllah akan cepat doa makbul.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A., apabila Rasullullah S.A.W berada dalam masalah atau kesusahan dan berhajat sesuatu kepada Allah, baginda akan selalu memandang langit dan berzikir dengan Asma Al Husna - Ya Rahman Ya Rahim berulang - ulang kali.

Para Ulama' juga ada menyatakan sekiranya kita perlukan pertolongan segera dari Allah S.W.T. bolehlah berzikir Ya Rahman Ya Rahim pada hari Jumaat dari waktu Asar hingga ke Maghrib dan sewaktu hampir dengan waktu Maghrib sebelum azan di kumandangkan, berdoalah dengan penuh perasaan dan menitiskan air mata kepada Allah S.W.T tentang hajat kita insyAllah doa makbul.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan doa

Sunday, October 16, 2011

Kejaiban bersedekah

Sedekah berupaya memadamkan api neraka.

Syaidatina Aisyah membeli jariah wanita (amah) dan dibawa pulang. Tapi kemudian dia diminta keluar rumah kerana Rasulullah mendapat wahyu yang memaklumkan bahwa wanita tersebut merupakan ahli neraka. Sebelum keluar, dia dibekalkan dengan sebiji kurma. Dalam perjalanan, wanita tersebut berjumpa dengan orang miskin yg kelaparan lalu disedekahkan sebelah kurma beliau untuk orang miskin tersebut. Tak semena2 Rasulullah mendapat wahyu yang wanita tersebut kini merupakan ahli syurga dan menyuruh Syaidatina Aisyah agar memanggil balik wanita tersebut untuk bekerja sebagai amah. Subhanallah.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan sedekah.