Wednesday, September 28, 2011

Tabung Somalia - Kehidupan adalah satu perniagaan

Mungkin ramai yang tidak sedar satu hakikat bahawa kehidupan ini adalah satu perniagaan. Allah menjanjikan barangsiapa yang menyumbang untuk berjuang di jalanNya akan dibalas ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda. Sepertimana orang yang berniaga, mereka akan menjual barang dan hasil dari jualan mereka akan mendapat komisen. Begitu juga dengan kehidupan ini. Jadi pada saat ini jika anda masih memikirkan mengapa kehidupan anda masih berada pada takuk lama dan tidak ada penambahbaikan dari segi kehidupan, ini adalah kerana anda jarang menyumbang ke jalan Allah. Mungkin merasakan wang yang dilabur akan mengurangkan bajet untuk menampung kehidupan anda. Ini adalah tidak benar. Sepertimana pada post saya yang lepas anda mesti merancang. Sebahagian wang perlu dizakat. Sebahagian wang perlu diderma dan sebahagian adalah untuk sara hidup. Jadikan derma sebagai satu jalan keluar untuk kehidupan yang lebih baik. Melabur untuk akhirat nescaya Allah akan gandakan pendapatan anda untuk survival di dunia.

Dermalah untuk Tabung Somalia
 


Klik sini untuk jemput rezeki dengan bersedekah.

Tuesday, September 6, 2011

Harta dunia harta akhirat

...jika kita kejar dunia...kita selamanya akan menjadi hambanya...tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita...
Saya yakin sesiapa pun pernah mendengar kata yang sedemikian. Ianya bermaksud lebih kurang sekiranya fokus kita adalah terhadap harta dunia semata-mata maka kita akan bekerja membanting tulang empat kerat untuk dunia. Bagi orang yang menganggap hidup mereka, harta mereka hanya untuk kehidupan dunia maka mereka bekerja keras seolah-olah seperti menjadi hamba kepada pekerjaan mereka itu semata-mata nak menanggung kehidupan mereka. Tidak kisahlah samada mereka itu kaya atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tetapi bagi yang cerdik, harta mereka, kehidupan mereka adalah untuk akhirat. Bermaksud tidaklah sampai lupakan dunia dan asyik ke masjid dan berwirid. Tetapi harta mereka kehidupan mereka seimbang untuk dunia dan akhirat. Bahkan kehidupan dunia ini adalah dijadikan kenderaan atau tunggangan untuk menuju ke akhirat. Dunia ini dijadikan hanya sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan dan kemewahan di akhirat.

Sebahagian harta di sediakan untuk survival di dunia kerana hidup ini perlu makan minum, tempat tinggal dan keperluan tambahan lain. Manakala sebahagian harta diinfaqkan menurut pembahagian yang telah ditetapkan. Seperti yang kita maklum kita tidak punya hak mutlak 100% terhadap harta yang kita perolehi, sebahagiannya adalah hak orang lain. Pembersihan mesti dilakukan dengan zakat dan sedekah mengikut kiraan yang telah ditetapkan. Selebihnya terpulang kepada kita untuk belanjakan.

Kegagalan kita menuruti fitrah ini akan menyebabkan kita jatuh bangkrap dan muflis di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat. Nauzubillah.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan beribadat.

Hukum ASB

Baru-baru ini diberitakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.

Blog ini hanya menyatakan dari sumber yang dipercayai dan tidak mahu membuat spekulasi sendiri. Menurut surat yang telah dikeluarkan dan boleh dilihat di sekitar masjid-masjid di negeri Selangor mengatakan bahawa ada sebanyak 30% pelaburan yang dilakukan dalam sektor-sektor konvensional dan hanya 70% yang dipercayai halal. Ini menyukarkan pelabur untuk membuat pengasingan kerana pembahagian yang sentiasa berubah-ubah.

Walaubagaimanapun, lain negeri mempunyai fatwanya yang tersendiri. Namun kita sebagai orang Islam mesti tahu hak kita dan cuba mencari alternatif sekiranya terdapat jalan keluar. PNB sehingga sekarang masih belum melantik Panel Syariah bagi memberi khidmat nasihat kepada aktiviti pelaburan mereka.

Bagi mendapatkan pendapat-pendapat pelbagai untuk pertimbangan, anda bolehlah melawat link dibawah:

Penilaian semula hukum pelaburan ASB

Fatwa mengenai hukum ASB dan ASN adalah Maslahat

Sunday, September 4, 2011

Selamat membaca!

Salam semua kerana sudi hadir dan menatap blogku ini. Tujuan blog ini diujudkan adalah tidak lain dari berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang kewangan antara pembaca dan penulis blog. Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang mungkin tidak terdapat dimana-mana hatta di universiti sekalipun dan smoga blog ini akan menjadi perantara antara kita semua dan mendapat keberkatan dari keujudannya.Amin.