Thursday, October 20, 2011

Doa makbul bagi yang dalam kesusahan

Doa makbul ni kalau boleh semua orang nak tahu supaya hajat setiap orang boleh terlaksana terutamanya bagi orang - orang yang sedang tersepit dan berada dalam kesusahan contohnya keadaan kewangan yang mendesak, dianiayai orang dan lain-lain. Antara golongan yang tidak ada hijabnya sewaktu berdoa adalah orang yang berada dalam kesusahan dimana doanya terus naik ke langit. Jika kita selalu dengar slot motivasi setiap pagi di Radio IKIM, penceramah ada beri tips sekiranya kita memang sedang berada dalam kesusahan berdolah dengan sepenuh hati dan diiringi dengan air mata insyAllah akan cepat doa makbul.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A., apabila Rasullullah S.A.W berada dalam masalah atau kesusahan dan berhajat sesuatu kepada Allah, baginda akan selalu memandang langit dan berzikir dengan Asma Al Husna - Ya Rahman Ya Rahim berulang - ulang kali.

Para Ulama' juga ada menyatakan sekiranya kita perlukan pertolongan segera dari Allah S.W.T. bolehlah berzikir Ya Rahman Ya Rahim pada hari Jumaat dari waktu Asar hingga ke Maghrib dan sewaktu hampir dengan waktu Maghrib sebelum azan di kumandangkan, berdoalah dengan penuh perasaan dan menitiskan air mata kepada Allah S.W.T tentang hajat kita insyAllah doa makbul.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan doa

Sunday, October 16, 2011

Kejaiban bersedekah

Sedekah berupaya memadamkan api neraka.

Syaidatina Aisyah membeli jariah wanita (amah) dan dibawa pulang. Tapi kemudian dia diminta keluar rumah kerana Rasulullah mendapat wahyu yang memaklumkan bahwa wanita tersebut merupakan ahli neraka. Sebelum keluar, dia dibekalkan dengan sebiji kurma. Dalam perjalanan, wanita tersebut berjumpa dengan orang miskin yg kelaparan lalu disedekahkan sebelah kurma beliau untuk orang miskin tersebut. Tak semena2 Rasulullah mendapat wahyu yang wanita tersebut kini merupakan ahli syurga dan menyuruh Syaidatina Aisyah agar memanggil balik wanita tersebut untuk bekerja sebagai amah. Subhanallah.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan sedekah.

Wednesday, October 12, 2011

Petua Murah Rezeki

Berikut adalah post Facebook yang saya perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dari page 'Dunia Macam-Macam'. Semoga Allah memberkati dan merahmati tuan punya page tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Amin.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ).

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah).

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2).

Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya:

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari.

Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..).

InsyaAllah.

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah.

Klik sini untuk jemput rezeki

Wednesday, September 28, 2011

Tabung Somalia - Kehidupan adalah satu perniagaan

Mungkin ramai yang tidak sedar satu hakikat bahawa kehidupan ini adalah satu perniagaan. Allah menjanjikan barangsiapa yang menyumbang untuk berjuang di jalanNya akan dibalas ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda. Sepertimana orang yang berniaga, mereka akan menjual barang dan hasil dari jualan mereka akan mendapat komisen. Begitu juga dengan kehidupan ini. Jadi pada saat ini jika anda masih memikirkan mengapa kehidupan anda masih berada pada takuk lama dan tidak ada penambahbaikan dari segi kehidupan, ini adalah kerana anda jarang menyumbang ke jalan Allah. Mungkin merasakan wang yang dilabur akan mengurangkan bajet untuk menampung kehidupan anda. Ini adalah tidak benar. Sepertimana pada post saya yang lepas anda mesti merancang. Sebahagian wang perlu dizakat. Sebahagian wang perlu diderma dan sebahagian adalah untuk sara hidup. Jadikan derma sebagai satu jalan keluar untuk kehidupan yang lebih baik. Melabur untuk akhirat nescaya Allah akan gandakan pendapatan anda untuk survival di dunia.

Dermalah untuk Tabung Somalia
 


Klik sini untuk jemput rezeki dengan bersedekah.

Tuesday, September 6, 2011

Harta dunia harta akhirat

...jika kita kejar dunia...kita selamanya akan menjadi hambanya...tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita...
Saya yakin sesiapa pun pernah mendengar kata yang sedemikian. Ianya bermaksud lebih kurang sekiranya fokus kita adalah terhadap harta dunia semata-mata maka kita akan bekerja membanting tulang empat kerat untuk dunia. Bagi orang yang menganggap hidup mereka, harta mereka hanya untuk kehidupan dunia maka mereka bekerja keras seolah-olah seperti menjadi hamba kepada pekerjaan mereka itu semata-mata nak menanggung kehidupan mereka. Tidak kisahlah samada mereka itu kaya atau kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tetapi bagi yang cerdik, harta mereka, kehidupan mereka adalah untuk akhirat. Bermaksud tidaklah sampai lupakan dunia dan asyik ke masjid dan berwirid. Tetapi harta mereka kehidupan mereka seimbang untuk dunia dan akhirat. Bahkan kehidupan dunia ini adalah dijadikan kenderaan atau tunggangan untuk menuju ke akhirat. Dunia ini dijadikan hanya sebagai alat untuk mencapai kebahagiaan dan kemewahan di akhirat.

Sebahagian harta di sediakan untuk survival di dunia kerana hidup ini perlu makan minum, tempat tinggal dan keperluan tambahan lain. Manakala sebahagian harta diinfaqkan menurut pembahagian yang telah ditetapkan. Seperti yang kita maklum kita tidak punya hak mutlak 100% terhadap harta yang kita perolehi, sebahagiannya adalah hak orang lain. Pembersihan mesti dilakukan dengan zakat dan sedekah mengikut kiraan yang telah ditetapkan. Selebihnya terpulang kepada kita untuk belanjakan.

Kegagalan kita menuruti fitrah ini akan menyebabkan kita jatuh bangkrap dan muflis di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat. Nauzubillah.

Klik sini untuk menjemput rezeki dengan beribadat.

Hukum ASB

Baru-baru ini diberitakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak.

Blog ini hanya menyatakan dari sumber yang dipercayai dan tidak mahu membuat spekulasi sendiri. Menurut surat yang telah dikeluarkan dan boleh dilihat di sekitar masjid-masjid di negeri Selangor mengatakan bahawa ada sebanyak 30% pelaburan yang dilakukan dalam sektor-sektor konvensional dan hanya 70% yang dipercayai halal. Ini menyukarkan pelabur untuk membuat pengasingan kerana pembahagian yang sentiasa berubah-ubah.

Walaubagaimanapun, lain negeri mempunyai fatwanya yang tersendiri. Namun kita sebagai orang Islam mesti tahu hak kita dan cuba mencari alternatif sekiranya terdapat jalan keluar. PNB sehingga sekarang masih belum melantik Panel Syariah bagi memberi khidmat nasihat kepada aktiviti pelaburan mereka.

Bagi mendapatkan pendapat-pendapat pelbagai untuk pertimbangan, anda bolehlah melawat link dibawah:

Penilaian semula hukum pelaburan ASB

Fatwa mengenai hukum ASB dan ASN adalah Maslahat

Sunday, September 4, 2011

Selamat membaca!

Salam semua kerana sudi hadir dan menatap blogku ini. Tujuan blog ini diujudkan adalah tidak lain dari berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang kewangan antara pembaca dan penulis blog. Semoga kita dapat berkongsi ilmu yang mungkin tidak terdapat dimana-mana hatta di universiti sekalipun dan smoga blog ini akan menjadi perantara antara kita semua dan mendapat keberkatan dari keujudannya.Amin.